Saturday, December 29, 2012

Welcome 2013!



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk hidup di atas muka bumi ini. Seperti yg diwar-war kan, 21.12.12 akan KIAMAT??? What the silly statement -.-
Banyak-banyak kan lah berdoa supaya masih ada waktu lagi untuk kita bertaubat. Amin ya rabbal alamin ~

Okay, lagi beberapa hari lagi kita akan menjejakkan kaki ke tahun 2013. *ayat hiperbola sikit*
Tina pulak will getting older. Huhuhu. Tina sudah menjadi Kak Ngah kat sekolah a.k.a senior kedua tertua lah kata ko. Dah nk jadi Kak Ngah ni kan, kena lah tunjuk perangai baik2 kat adik2 kita ni kan. Jangan lah menyerlahkan lagi perangai yang tersedia buruk ni. XD
Errr. Form 4 nanti tahun honeymoon ke?? Bagi Tina x lah. Kena pulun subjek2 yg baru je Tina belajar for the first time in my life. Physic, Chemistry, Biology and Add Maths :)
Sejarah pon Tina kena pulun lebih ni. Format SPM bukan macam PMR. X maen dh hitam-hitamkan ni, baling2 pemadam *Tina pernah buat*. XD Kena bwt karangan superb untuk Sejarah nanti. InsyaAllah ~

Semalam Tina dah ambik buku teks untuk Form 4. Fuyoo! punyalah banyak! 17 buku teks you all. Kalau nipis2 x apa. Ni tidak, tebal2 semuanya. Semalam jugak Tina dah siap balut semua buku teks Tina. Sakit pinggang ni masih terasa lagi sebab tertunduk-tunduk balut buku. Hahahaha. Kaki sekali naik masa balut buku tu. Percaya x percaya x?? Silalah percaya sebab memang betul Tina balut guna kaki sekali. Tangan x cukup lah katakan.. XD

Azam Tina untuk tahun 2013 ni ialah.. Errrr. X ada azam lagi.. Tina just nak dapat result cemerlang je untuk exam nnti and nak belajar betul2 sebab 2 tahun lagi nak ESPIYEM . Wish me good luck oke? Anyeong!

p/s: Korang perasan x bila korang blogwalking? Mesti ada tulis ni 'XOXO'. Terpengaruh dengan cerita Istanbul Aku Datang lettew. Mesti masa dyorang tulis tu dyorang tiru Lisa Surihani cakap. 'XOXO! Publish!' Hahahahaha XD



No comments :

Post a Comment