Wednesday, December 18, 2013

Happy 16th birthday.


Selamat malam dan salam 1 Malaysia. Hikhikhik. Tina tak nak cakap banyak sangat sebab post kali ini special edition je tahu. This post specially dedicated to my friend because today is his birthday. This post is as a gift for you from me. *cewah speaking lah pulak eden*

Nama kawan Tina ni Firdaus Zakaria. Kami tak satu sekolah pon. Macam mana boleyh kenal? Dekat Facebook lah.. Tapi kami PERNAH belajar kat sekolah yang sama. Sekolah menengah mula2 Tina pergi dulu iaitu SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Rasa-rasanya ada kot post Tina yang dulu-dulu pasal sekolah tu. Kalau rajin tu cari lah eh but kalau tak ada jangan lah pulak marah. :) Tapikan, Tina memang tak pernah nampak kewujudan dia masa kat sekolah tu dulu. So, macam mana boleh kenal?

Begini kisahnya.....
Pada suatu hari.. Cewahhh! Tak payahlah formal sangat eh. Tina kenal Firdaus melalui kawan Firdaus tu sendiri means satu sekolah lah kan. Kawan dy cakap dy kenal Tina. Dy pernah nampak Tina masa form 1 dulu and Tina pon pernah nampak dia dulu2. Jadi, dy suruh Firdaus add Tina kat Facebook. So, Tina pon 'confirm' request tu. Bermula dari situlah kami berkawan. Chatting punya chatting sampailah bertukar no fon. Tapi tak selalu pon chatting sebab Firdaus ni budak asrama. Tina ni budak sekolah harian je. Cuti ni je yang selalu chatting pon. Pelik kan? Kalau orang lain mintak no fon Tina, Tina x bagi. Tapi dengan Firdaus, Tina bagi pulak. Sebab.. sebab.. sebab Tina selesa kawan dengan dia. 

Okay Firdaus, Happy birthday to you! ^^ Selamat hari tua!^^ Sengil cukahamnida chingu!^^ Hehehehe. Semoga imanmu bertambah seiring dengan usia remajamu. :P Good luck for our SPM next year okay? Friends forever? Hahahaha. *aduyai, tak tahu nak cakap apa dah. Blank!* Nanti kalau dah kawen jangan lupa jemput aku tahu? Kita kan kawan.. Jangan risau. Kalau bab makan free aku mesti datang punya! Hahahaha. Apasal kau lahir lambat sangat ha? Kesian kan.. Nak amek lesen pon lambat. :P Huhuhu. Rasanya itu je lah yang aku nak cakap. Once again, happy birthday! Moga dipanjangkan umur dan dimurah rezeki! ^^ Adios~
 


Friday, November 29, 2013

Don't judge a book by it's cover.



Post ini hanya sekadar nasihat.
Kalau nak buat baik tidak perlulah anda menunjuk-nunjuk. Ikhlas lah ketika berdakwah. Tina tahu, tina ni jahil agama. Sedang belajar. Apa kau ingat kalau orang tudung labuh ni baru nak baik? Kau ingat Kalau seseorang tu pakai tudung biasa2 macam kami selalu pakai ni, bidang 45 bertukar kepada tudung labuh baru baik? Dari pandangan Tina dan rakan2, awak tu dah salah konsep. Bagi kau, orang bertudung labuh tu baik dan kami bertudung biasa2 ni jahat. Kami hanya mampu berdiam sajalah kalau itu awak punya fahaman.

Lagi satu, tidak perlulah anda nak post status banyak2. Nampak sangat awak riak. Kalau post yang bermanfaat itu tidak mengapa lah. Jangan lah awak nak post perbualan awak ngan orang tu. Untuk apa? Untuk orang baca? Please stop! Nampak riak. Jangan post status padahal awak boleyh je tegur kami depan2. Masa kami mengata awak ada sekali kan dengan kami? So, kenapa tak tegur kami masa tu je dan tegur melalui status kat FB. Memanglah awak x sebut nama kami, tapi awak x nampak ke yang awak tu macam MENGAIB kan kami? Awak x sedar kesilapan awak tu dan terus-terusan nak cari kesalahan orang. 'Tegur orang elok-elok, jangan bagi dia terasa.' Cakap tak serupa bikin? Awak hanya tahu menulis tetapi tidak pandai melakukannya. Hipokrit? Sesuai. Disebabkan post awak yang mengaibkan itulah kawan saya UNFRIEND awak. Sebab? Dia berasa geram dan malu bila awak post macam-macam. Malu sebab post berkenaan tentang diri beliau. Awak tidak sedar apa yang awak lakukan tu! Tiap2 saat ada je status yang awak post. Kadang2 penuh Timeline. Apa jalan yang terbaik? Tina out terus daripada terus buat dosa. Dosa apa? Maki dan mengata awak? Sebab? Post tersebut semuanya berkenaan kami.

Sekali lagi Tina nak cakap. Kalau berbuat baik tidak perlulah anda menunjuk-nunjuk. Ikhlas.. InsyaAllah diredai Allah s.w.t. Tina dan rakan-rakan memang jahil lagi pasal agama tetapi kami tahu mana baik dan mana buruk. Tidak perlulah nak mengaibkan kami melalui status2 awak dekat FB. Pesanan ikhlas daripada kawan kepada rakan. Senang2 awak buat je blog. Ramai orang akan baca. Kalau status2 kat Facebook berlambak macam tu? Buat orang cemuih. 

Hijab is compulsory, but niqaab and burka is not obligatory for Muslim women to wear, that's optional. Be alert! 





Sunday, November 24, 2013

3 days more, dear.

 Selamat malam pembuka bicara. Tetiba tangan ni rajin pulak nak menaip ehh. Bukannya apa, rindu lah dekat blog titew ni. Aummm :*
How are you guys? I'm fine too :)

Tina tak nak cakap banyak. Tujuan Tina menaip hari ni just nak ucapkan good luck je kat budak-budak SPM. Actually, Fazzreen habes hari Rabu ni. Okay, I can't wait!!! Hahahaha. Esok physic paper. The next day, chemistry paper. The next next day, biology paper. The next next next day, HONEYMOON! *Tina yg excited lebih ni apasal* Kannnn? I wish you all the best (nyanyi lagu Stabilo tu). :D

Ini lah buah hati, intan payung, pengarang jantung saya!

You have to fight through some bad days to earn the best days of your life. Good luck ~



Tuesday, November 19, 2013

Jamuan Akhir Tahun 4SC 2013.


Setelah sekian lama Tina x update blog. Hari ni dapat jugak Tina update. Anyway, Tina nk bagitahu ni. Link blog Tina dh bertukar. Dari miszztina.blogspot.com/ ke ouhmydarl.blogspot.com/ . Motif? SECRET!
Exam akhir tahun baru je habes and what I've got? Nak tahu jugak ke? Perlu ke? 
Kesah pulak kan? Blog Tina.. Tina dapat 3A+, 3A-, 1B, 2D. Seriously, I'm proud with this result sebab Tina x ada gagal. Hampir2 nak gagal. Alhamdulillah. Biology n Chemistry yg D tu. InsyaAllah Tina akan berusaha lagi. Tahun depan SPM. 

OFF TOPIC

The main thing that I want to tell is, recently my class was having some party. Alaaa.. Jamuan akhir tahun je. Jamuan itu diadakan hari Jumaat yang lalu bertarikh 15/11/2013. *skema lah pulak ayat*
Kami buat jamuan tu kat KFC. Malas nk menaip dah, kita tengok gambar nak? *drum roll!*

Me and Miera (ketua kelas)

Me again :)

My bestie.

Artis lah katakan. Kamera banyak depan kami! XD

The friends of mine.

Hero2 4 Sains 2013

Hero2 dan guru kelas.

Bangunan KLCC! XD WE ARE JUST A FRIEND.

BFF ^^

Okay, good morning earthlings. Tina dh nk tido dh. :D



Thursday, May 23, 2013

HAPPY HOLIDAY



Hello peeps! Yehaaa!!! I got a rest for a very long time. It is the school holiday!!!! I have more time to wasting along this holiday. Hehehehe
Broken English
Terlebih dahulu Tina nk ucapkan selamat pulang ke rumah kepada budak2 asrama terutamanya kepada adik Tina n kawan Tina iaitu Shahirah bt. Saad. Welcome back dear-dear sekalian...

Intro yang membosankan dan ntah pape. Actually, Tina just nak cakap yang Tina seronok sangat sebab cuti sekolah kali ini sangatlah lama. Korang seronok x? Tambah2 pulak hari ni last exam. Gerenti syok habes.. X payah pikir pasal buku buat sementara waktu.. But, homework tetap ada.. Tapi x apa. Homework kali ini teramatlah sedikit. Awesome banget deh! ^_^
Tadi last paper ialah Chemistry. Dari pagi sampai balik Chemistry. Habes biol sebentar tadi.. Mood untuk bercuti semakin membuak-buak tadi. Jawab exam pon ala kadar je.. Nak bagi siap cepat je tadi, pastu tido! Hahahaha. Itu lah Tina. 
*alamak! perut Tina berbunyi lah pulak* 
Kertas 1 n 3 tersangatlah senang bagi Tina tadi =.=" Kertas 2 pon boleh la tapi x pe.. Kertas tu waktu pagi2 lagi.. Masih fresh n mint! Hahahaha. Hope lulus lah..

Kertas 1 Add Math dah dapat dah semalam.. Nak tahu x Tina dapat berapa..? Nak tahu?? Tina pon x percaya ni... Tina dapat 74/80. Alhamdulillah.. berkat daripada cikgu Fitri n tuisyen kat Arun uh, Tina dapat markah yang bagus. Tapi.... Belom lagi kertas 2. Kertas 2 tersangatlah susah!!! Pecah kepala hotak satu kelas menjawab hari tu. Tina harap dapat lah gred A untuk Add Math ni. Amin~ 

Tunggu lah bukak sekolah nanti. Cikgu2 akan menjadi raksasa tambah2 lagi cikgu Azuwin. BIO lah yang Tina jawab merapu sekali antara subjek2 yang lain. Sorry ye cikgu. Cikgu bagitahu tajuk tu yag masuk, so kami baca tajuk tu je lah. Last2, tajuk yang lain masuk..

K, lah. Sampai di sini sahaja Tina menaip.. Mata Tina sudah mengantuk so katil lah jawabnye. 






Wednesday, May 22, 2013

Happy birthday Fazzreen!!! :)



AMARAN KERAS! POST KALI INI AMAT MENGGELIKAN! SILA TEKAN X DI ATAS JIKA TAK SANGGUP UNTUK BACA :P

Happy birthday, Fazzreen! :)
Happy birthday yang ke-17.. Tina baru sambut birthday dy ni. Sambut kat kedai depan tu je sebab orang tu bukannye bagi keluar =.=" 

Okay, pasal gambar hadiah tu.. Hehehehe.. Sorry... Terlupa nk ambik gambar lah. Tina beli wallet jenama Levi's kat dy. Beli masa dating kat TS hari tu. Hahahaha. Punya lah pandai cover line nk beli hadiah tu. 

Anyway, happy birthday yang ke-17 ye syg. *geli lah pulak!* ABAIKAN
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Selamat maju jaya dalam hidup ye sayang :)
Terima kasih sebab selalu berada di sisi Tina. Tahun ni tahun ke-2 kita sambut birthday sama2. Simpan wallet tu elok2 ye? Jangan bagi kemik macam wallet awak yang dulu tu tahu! Mahal tu! *mahal la sgt....* Hahahaha
Awak enjoy x tadi celebrate birthday awak ngan Tina tadi? Mesti lah seronok an... Celebrate ngan orang yang tersayang.. Dah kata dah kat atas tu an. Post kali ini teramatlah gedik + mengada = geli. So, just bear it okay reader(s)? Good job! Macam tu lah... Hehehe



Terima lah sedikit kata2 daripada Tina n En. Google ni..

My life was transformed the day I met you. I feel like I am on the clouds and everything feels so much easier because you are a part of my life :')




Thursday, May 16, 2013

Happy Teachers' Day.




Di kesempatan ini, Tina  nak ucap SELAMAT HARI GURU kepada semua guru di Malaysia ini. Terima kasih yang x terhingga kepada guru-guru yang sudah mengajar Tina dari sekolah tadika hinggalah sekarang, di sekolah menengah. Yang paling penting, Tina nak ucap terima kasih kepada cikgu yang mula2 mengajar Tina iaitu umi dan abah.. Dari lahir sudah mengajar Tina dengan mendengar perbualan dy dengan Tina. Tanpa mereka mungkin Tina x reti membaca, mengira, menulis, mewarna dan macam2 lagi. Terima lah pantun daripada Tina. *copy*

Di petang hari membeli sagu,
Membeli sagu bersama bahulu,
Selamat hari guru buat cikgu,
Semoga cikgu riang selalu.

Setinggi gunung luas lautan,
Dirimu ku sanjung penuh keikhlasan,
Baktimu guru jadi ingatan,
Mendidik kami tanpa balasan.

Kaulah pendidik perwira bangsa,
Mendidik tanpa mengira masa,
Segala budi dan curahan rasa,
Tak akan dilupa terpahat sentiasa.

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DI MALAYSIA.

Tuesday, May 14, 2013

Physics.




Pening buat seketika jawab soalan Physics tadi. Bayangkan lah. Dari kol 8:30 pagi sampai 2:30 petang direct paper Physics. Saya budak baru belajar so, macam ni lah jadinya.. Huhuhu 
Kebanyakan jawapan Tina merapu. Hentam tu sikit2 adalah.. Tambah2 lagi paper 2 tu. Grrrrrr. Geram!

Esok pulak paper Add Mathematics. Please be nice to me okay? See ya :)

p/s: Bace lah entry sebelum ni yang bertajuk First Date. Aummmmm    


Monday, May 13, 2013

First date :)



Semalam bersamaan dengan 12 Mei 2013, Tina, Najah and mak ck Tina kuar g Taiping Sentral.. Pergi situ sebab nak beli hadiah Hari Ibu n hari jadi Fazzreen yang akan datang. Pastu dah alang2 sampai situ, kami tengok wayang.. Tina pon ajak lah Fazzreen datang jon sekali. Nak tahu kami berlima tengok cite apa? Jap2 ea.. Nak upload gambar.


Nampak x cite apa? IRON MAN 3 3D!!!! Tiket masuk kami berlima ialah RM 90. Semuanya Najah yang belanja. Thanks Najah :) 
Actually, this is the first time I go to cinema. So, Tina jakun sangat semalam.
Kami bertolak kira2 pukul 12 tengahari n sampai kat TS pukul 1:30 petang. Wayang start kol 2:30 petang. Sementara tunggu kol 2:30, Tina nk perg cari hadiah.. Fazzreen ngan Akim pergi tingkat atas. Dyorang pergi maen kasut roda. Kalau dy ikut sekali beli hadiah, x surprise lah jawabnya! So, kami jalan2 pusing TS tu.. Kat umi Tina beli tudung. Tudung syria.. Kat Fazzreen pulak Tina beli ................ Mana boleh bagitahu! Nanti Tina upload gambar hadiah tu ea? Hari jadi dy 22 May ni.

Then, kami pergi kat kaunter wayang tu. Fazzreen n Tina pergi beli pop corn and air.. Semalam dy beli 4 bungkus besar pop corn. Banyak kan? Sebungkus dy makan habes sorang dy. Tsk.. Tsk.. Tsk.. Kuatnye makan.. Cite habes kol 4:30 ptg. Dalam tu sejuk gile! Tapi, overall seronok lah cerita dy. Tina seronok pakai spect 3D dy tu je. MasyaAllah! Besar gile spect 3D tu. Gelebeh je rsenye Tina pakai semalam. Ahh! Peduli apa. Tina nk tengok cite dy je. Pakai je lah.. Asalkan boleyh tengok 3D punya. Yeay!

After habes wayang, kami pergi makan kat Tesco. berikut ialah gambar kat Tesco.


Malu2 pulak dyorang ni.



Najah n Akim.

Najah (sepupu).

Mak cik Tina x ada dalam gambar kat fon aku. Ada dalam fon Fazzreen. Apa2 pon, semalam memang best lah! Dapat tengok wayang pertama kali and first date ngan Fazzreen :D

p/s: Mak cik Tina 'terror' bawak kereta semalam. HAHAHA XD





Monday, April 29, 2013

10 Tips Yang Anda Perlu Lakukan Jika Bergaduh Dengan PASANGAN.



10 Tips Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Jika Bergaduh Dengan Pasangan

1) Jangan Bersyarah

Dalam perhubungan yang matang, anda mesti menghormati pasangan anda dan juga diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar kepada seseorang itu tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan yang amat tidak selesa dalam dirinya. Satu ‘kuasa’ memberontak dan tidak puas hati terhadap anda boleh wujud hasil dari sikap tersebut. Oleh itu, selain dari bersikap “anda adalah betul” dalam situasi seperti ini, adalah lebih baik anda bercakap tentang bagaimana cara untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku. Fokus anda mesti kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.

2) Jangan Balas Dendam

Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti oleh pasangannya, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Biar pasangannya rasa bersalah dan rasa apa yang dia rasa. Kononnya supaya pasangannya sedar bahawa kesalahan telah dilakukan. Pada masa itu,tindakan macam ni seolah-olah idea yang bagus,sebenarnya akan memalapkan lagi perhubungan. Jangan bertindak begitu. Bila anda salahkan pasangan anda tentang sesuatu perkara dan cuba buat dia rasa bersalah, anda mengatakan bahawa anda betul dan dia salah-hukuman telah dijatuhkan, susah nak selesaikan pergaduhan anda!

3) Jangan Tinggikan Suara
Bila emosi dan kemarahan menguasai diri, adalah sukar untuk mengawal suara lebih-lebih lagi bila pasangan anda sendiri meninggikan suara kepada anda. Walau apa pun, anda mesti ingat merendahkan nada suara dan bercakap dengan tenang dan tidak menengking amat penting bila berbincang dalam sesuatu konflik. Suasana tenang membolehkan anda dan pasangan mendengar dengan lebih baik apa yang diperkatakan terhadap satu sama lain. Konflik dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tidak merebak dengan lebih teruk dan merosakkan.

4) Elakkan Terlalu Peribadi dan Sensitif
Masa situasi konflik tengah hangat, janganlah terlalu sangat "terasa", jangan terlalu sensitif atau "take it too personal". Keadaan yang tengah "panas" boleh buat anda terlepas cakap. Oleh itu pastikan anda tidak terlalu sensitif atas segala yang sedang diperkatakan kerana selalunya emosi lebih menguasai keadaan pada waktu ini. Oleh itu, kadangkala ada waktunya perkara betul yang pasangan anda katakan boleh menjadi perkara yang amat sensitif bagi anda dan anda pula boleh terlepas cakap atau sengaja "melepas" cakap tanpa berfikir panjang.


5) Jangan Timbulkan Perkara-perkara Kecil
Bila tengah bergaduh tu, jangan timbulkan perkara-perkara kecil yang langsung tak membantu selesaikan masalah. Perkara-perkara kecil yang dalam 2-3 hari akan datang tu dah boleh lupa contohnya, tak perlulah diungkit. Fikir sebelum timbulkan benda-benda kecil macam ni sebab ia takkan membantu, membakar semangat marah dan terukkan lagi keadaan tu adalah. Benda-benda kecil ni termasuk la juga perkara yang dah lama terjadi dah 3 – 4 bulan lepas contohnya jadi tumpu hanya pada isu yang sedang berlaku.

6) Mendengar Dengan Teliti
Walaupun susah nak dibuat, anda perlu jadi pendengar yang baik dan teliti. Pasangan anda mungkin dengan jelasnya beritahu apa yang anda berdua perlu untuk selesaikan masalah tapi disebabkan anda tak ambil perhatian, tak dengar dengan baik dan teliti, bukan saja cadangan dia anda tak ambil kira,malah anda pula bagi penyelesaian yang takde kena-mengena dan merumitkan keadaan.


7) Fokus Satu Isu Pada Satu Masa
Seperti biasa yang anda mungkin dah banyak kali dengar ~ fokus! Perkara terbaik yang anda boleh buat ialah kenal pasti apa punca sebenar masalah dalam perhubungan anda sekarang dan cari penyelesaian untuk isu itu sahaja. Bila anda mula bercakap tentang banyak perkara, macam-macam isu, anda mengelirukan keadaan. Selesaikan satu persatu dan bergerak ke punca isu yang lain bila isu pertama selesai. Tentu sekali anda ingin tau apa cerita sebenar yang jadi punca mengeruhkan hubungan anda supaya masalah dapat selesai dengan cepat, jadi pastikan anda fokus!

8) Jangan Serang!
Biasalah, dah terlalu marah sangat, anda pun “naik angin”… bila perkara macam ni berlaku, biasanya anda boleh menyerang peribadi pasangan anda. Sebelum perkara macam ni berlaku, fikir dan sedar bahawa ia TAKKAN membantu malah memburukkan keadaan. Anda ingin selesaikan masalah, bukan nak serang pasangan anda.

9) Mesti Hormat
Perbalahan/pertelingkahan dalam perhubungan boleh menjadikan sesuatu perhubungan itu lebih matang dan lebih rapat malah lebih indah setelah konflik dan isu berakhir dengan baik. Nak jadi macam ni, anda perlu faham perbalahan perlu di lihat dalam konteks “learning experience” atau proses belajar selain melihatnya dari satu sudut saja. Beri perhatian, sabar, tenang, buat “eye contact”, tanya soalan yang relevan dan diperlukan dalam masa yang sesuai. Ini adalah antara cara utama untuk menunjukkan sikap hormat kepada pasangan anda. Bersama, dengan sikap seperti ini anda berdua PASTI boleh menyelesaikan segala masalah yang melanda.

10) Jangan Tinggalkan
Satu lagi perkara yang sukar dibuat bila bergaduh ialah berada tetap dalam tempoh konflik itu sedang berlaku, dari mula sampai selesai. Ramai orang bila dah tak tahan, marah sangat, terus tinggalkan pasangan, bermaksud terus keluar dari “medan” konflik atau pertelingkahan sekaligus membiarkan situasi “tergantung” macam tu je. Pasangan pun dia tinggalkan. Walaupun rasa tak boleh tahan sangat, marah ke, “tension” ke, jangan angkat kaki, tinggalkan konflik dan pasangan macam tu je. Bagi tau dia anda perlukan masa sekejap untuk tenangkan fikiran sebentar, mungkin anda pergi duduk tempat lain kejap ke… kemudian pastikan anda datang semula. Ini secara tidak langsung menunjukkan anda seorang yang berkaliber dan dapat mengurus emosi dengan baik tak kiralah anda lelaki atau wanita.


P/S: Oleh itu, jika ada masalah bawak lah berbincang dan jangan lah anggap perpisahan adalah penyelesaian segala-galanya. Renung2 kanlah.... :)

Kopi and teh dari page Bercinta Selepas Nikah.

Wednesday, April 24, 2013

Bulan yang penuh dengan cerita 'fantasi' :D



Bertemu lagi kita melalui tulisan Tina ni. Apa khabar para blogger sekalian? Tina sudah lama tidak menaip ni.. Itulah excited sangat nak menaip ni. Ayat pon skema2 je ni. *Abracadabara!*

Dah bertukar. Menaip macam biasa je lah noh. X ada ayat skema2 dah. Huhuhuhu
Hari ni Tina nak cerita pasal kejadian yang berlaku sepanjang bulan April ni. Minggu pertama bulan April, x ada apa yang berlaku. But, on second week in April iaitu 12 April 2013, satu Majlis Perpisahan untuk Puan Pengetua sekolah Tina telah diadakan. Cikgu Hidayah terpaksa bertukar sekolah ke SMK Abu Bakar Al-Baqir (SABAR). Beliau telah berkhidmat di SMK Alor Pongsu (sekolah Tina) selama 3 tahun start dari Tina form 1. Kat bawah ni gambar2 masa Majlis Perpisahan.



Berlatih untuk perform.





Ketika sesi bersalaman.

Tunggu Pengetua ke kak oii? Hehehe

The end.. Lepas tu 18 April pulak, Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2012. Tina dapat anugerah hari ini. PMR 7A1B, terbaik mata pelajaran Sains dan kehadiran penuh tahun 2012. Yang cemerlang PMR tahun lepas semua dapat duit. Straight A sampai yang dapat 6A je yg dpt.. Berikut ialah gambar ketika Hari Anugerah...

Yg depan tu cikgu Kamilah n kat belakang tu, guru kelas Tina. Cik Shuhara.

Pendengar 'setia' menunggu :D


Ikin.

Choral speaking.

We and Pengetua.

Mintak maaf lah ye. Kebanyakannye gambar Tina ^^ 
Pengetua datang pada hari itu. Tina dapat pelukan daripada Pengetua... ^______^
That's all from me. Eh wait! Ada lagi 1 cerita.. Tina x ingat bila n yang pasti bulan lepas. Datin Sri Tiara Jacquelina datang sekolah Tina untuk Teach For Malaysia Programme :) 
X percaya? Okay x pe.. Ini buktinya :P


Sekian daripada saya, budak gemok yang comel comel comel.. Hehehe, Assalamualaikum w.b.t..

Thank you for making my day. I HEART YOU SO MUCH.