Friday, November 29, 2013

Don't judge a book by it's cover.



Post ini hanya sekadar nasihat.
Kalau nak buat baik tidak perlulah anda menunjuk-nunjuk. Ikhlas lah ketika berdakwah. Tina tahu, tina ni jahil agama. Sedang belajar. Apa kau ingat kalau orang tudung labuh ni baru nak baik? Kau ingat Kalau seseorang tu pakai tudung biasa2 macam kami selalu pakai ni, bidang 45 bertukar kepada tudung labuh baru baik? Dari pandangan Tina dan rakan2, awak tu dah salah konsep. Bagi kau, orang bertudung labuh tu baik dan kami bertudung biasa2 ni jahat. Kami hanya mampu berdiam sajalah kalau itu awak punya fahaman.

Lagi satu, tidak perlulah anda nak post status banyak2. Nampak sangat awak riak. Kalau post yang bermanfaat itu tidak mengapa lah. Jangan lah awak nak post perbualan awak ngan orang tu. Untuk apa? Untuk orang baca? Please stop! Nampak riak. Jangan post status padahal awak boleyh je tegur kami depan2. Masa kami mengata awak ada sekali kan dengan kami? So, kenapa tak tegur kami masa tu je dan tegur melalui status kat FB. Memanglah awak x sebut nama kami, tapi awak x nampak ke yang awak tu macam MENGAIB kan kami? Awak x sedar kesilapan awak tu dan terus-terusan nak cari kesalahan orang. 'Tegur orang elok-elok, jangan bagi dia terasa.' Cakap tak serupa bikin? Awak hanya tahu menulis tetapi tidak pandai melakukannya. Hipokrit? Sesuai. Disebabkan post awak yang mengaibkan itulah kawan saya UNFRIEND awak. Sebab? Dia berasa geram dan malu bila awak post macam-macam. Malu sebab post berkenaan tentang diri beliau. Awak tidak sedar apa yang awak lakukan tu! Tiap2 saat ada je status yang awak post. Kadang2 penuh Timeline. Apa jalan yang terbaik? Tina out terus daripada terus buat dosa. Dosa apa? Maki dan mengata awak? Sebab? Post tersebut semuanya berkenaan kami.

Sekali lagi Tina nak cakap. Kalau berbuat baik tidak perlulah anda menunjuk-nunjuk. Ikhlas.. InsyaAllah diredai Allah s.w.t. Tina dan rakan-rakan memang jahil lagi pasal agama tetapi kami tahu mana baik dan mana buruk. Tidak perlulah nak mengaibkan kami melalui status2 awak dekat FB. Pesanan ikhlas daripada kawan kepada rakan. Senang2 awak buat je blog. Ramai orang akan baca. Kalau status2 kat Facebook berlambak macam tu? Buat orang cemuih. 

Hijab is compulsory, but niqaab and burka is not obligatory for Muslim women to wear, that's optional. Be alert! 





5 comments :

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Babe! Aku tak pandai BI macam kau.. ape kau cakap dalam blockquote tu?? nak tau jugak.. kot2 boleh tweet~~ heheheehehe X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa. Apa susah.. Google translate je.. Dalam blockquote tu cakap, ''hijab itu wajib tetapi niqaab dan burka tidak wajib untuk dipakai oleh wanita Muslim. Itu pilihan." ada faham?

      Delete
  3. Ohhh hehehe baru paham.. aku rasa macam tau je hang marah kat sapa.. macam lahh.. hehehe X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ke tahu.. Macam mohong je.. Sape2? Tweet2. Huhuhu.

      Delete