Sunday, April 20, 2014

I'm truly busy.


Hello! Haihh.. Dah berapa lama aku tak bukak blog ni.. Rasanya dah 5 bulan kot. Nak buat macam mana? Masa mencemburui aku. Busy busy busy memanjang! 

Tahun ni lah tahun yang paling celaru aku rasa. Bayangkanlah, nak makan pon tak sempat. Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat FULL! Mula-mula dulu memang lah aku rasa stress sangat tapi sekarang aku dah biasa dengan semua ni dan pandai-pandai lah bahagikan masa sendiri. Sekarang dah bulan April. Tak lama lagi nak SPM. Seriously, baru sekarang aku rasa debaran nak SPM tu. "Macam mana kalau aku tak dapat seperti sekolah target aku?" "Macam mana kalau aku tak boleh kalahkan Fazzreen?" "Apa perasaan dyorang?" "Mana aku nak pergi lepas SPM nanti?" "Aku kena kuat sebab Fazzreen akan pergi jauh daripada aku." Kata-kata tu sering bermain di fikiranku. 

Sekarang pun jenuh aku nak panjat tangga. Itupun jenuh aku usaha. Sampai sekarang Kimia aku tak pernah dapat A. Selaras 1 tu belakang cerita lah. Aku pun tak tahu pasal apa. Subjek lain aku boleh buat tapi lain cita pulak ngan Kimia. Maybe masa Form 4 dulu aku dah block minda aku 'tak suka KMIA!' Haa inilah padahnya. Aku kena pulun belajar balek. *takpa-II. Tinggal berapa bulan je lagi Tina oi.* Tapi subjek fav aku tetap Physics dan Add Maths dari tahun lepas. Tak tahu nak cakap. Bila aku belajar 2 subjek ni kan, aku rasa seronok. Sebab tu lah mudah faham.. Tapi, tajuk form 4 aku tak start revision lagi. Cikgu pon hingaq. Aku belajar memang macam ni. Tak sistematik lansung! 12/5/2014 ni pulak Peperiksaan Pertengahan Tahun. Kepul2 sekali bab tingkatan 4. 

Nak tahu tak Fazzreen dapat berapa? Dia budak pandai. Dia dapat 8A 1B.. Apa yang B tu? Biology B+. Near miss sikit ja tang situ. Sekarang dia dekat Sg. Besi, tengah interview for Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dalam jurusan Asasi Perubatan. 16/4 dia pergi. Lepas tu kalau dia layak dan terpilih, 28/4 ni dia balik. Sampai sekarang Alhamdulillah dia still survive kat sana. Rindu? Of course lah. Gila tak rindu! First day dia pergi aku dah nangis dah. Kredit aku pon banyak dah habis sebab tolong dia. Tolong apa? Tolong cari maklumat kat dia. Penat aku retype berjela-jela, berpage-page dan hantar kat dy. Act, aku nak je dia balik awal tapi aku kena fikir jugak pasal dia. Nanti dia nak belajar kat mana kalau balik awal? Kann? Aku harap hang setialah ngan aku. Doa aku sentiasa dengan hang, Fazzreen. :')

Okay. Sampai sini je lah aku cerita. Nanti kalau ada masa, aku post lagi. Itupon KALAU.. Last but not least, good luck SPM's 2014 candidates! 




No comments :

Post a Comment