Sunday, April 27, 2014

Kursus Kepimpinan 2014.

Geng Pengawas Sekolah 2014

Semalam bersamaan dengan 26/4/2014 sekolah aku mengadakan Kursus Kepimpinan. Kursus? Hahaha. Mula-mula aku dengar pon macam tak semangat jugak. Kursus... Mesti dengar ceramah je. Itulah yg aku fikir. Guess what? Kursus semalam memang best! Tak ada dengar ceramah lansung. Game je banyak. Peserta semalam ada 47 orang. 10 orang geng Pengawas Sekolah, 10 orang geng PSS, 10 orang geng PRS, 10 orang geng Majlis Ketua Tingkatan dan 7 orang geng Bridget Bestari.

Modul 1, kami main game Main Peranan. Game ni macam ni. Satu kumpulan terdiri daripada 10 orang. Game ni ad cerita. Cerita dia macam ni. Sebuah kapal membawa 10 orang penumpang berlayar. Tiba-tiba, kapal ni mempunyai masalah teknikal dan memerlukan 2 orang untuk berkorban sebab overloaded. Jadi, kami perlu pertahankan hujah kami untuk terus survive atas kapal tu. 10 orang tu terdiri daripada Saintis, Ustaz, Orang Tua, Tukang Masak, Ibu Mengandung, Askar, Kanak-kanak 12 tahun, Doktor dan Artis. Dalam kapal Pengawas, Tukang Masak dan Artis yg terkorban jadi yg len selamat.. Kapal bridget bestari karam sbb tak ada yg snggup berkorban.

Lepas tu, Modul 2. Modul 2 ni kami dikehendaki membuat istana yang kukuh di mana kukuh untuk handphone cikgu diletakkan di atas istana kami. Istana pengawas sngat kukuh! Kreatif! Kami buat bentuk bintang. Modul 3 pulak Sambung-Menyambung . Peserta dikehendaki menyambung apa sahaja yang ada dkt badan kami ketika itu untuk memanjangkan sambungan. Kumpulan Pengawas guna jam, tali kasut, handsock, kunci motor dan baju. Alhamdulillah dapat no. 3. PRS menang game ni sbb dyorg pakai ribbon. Then, modul 4. Peserta dikehendaki menutup mata dengan kain batik/pelikat dan peka terhadap bunyi. Tapi bergerak dalam kumpulan. Pengawas manage survive bersama-sama smpai habes. 2 orang dari PRS masuk longkang! Hahaha. Ketua kumpulan pulak tu.. Itu tandanya ketua tak bawak anak buah ke arah yang betul. Tapi mmg kelakar XD

Module last sekali iaitu modul 5. Kami perlu mengisi sebuah baldi dengan air dengan menggunakan TANGAN sahaja. Lepas tu, baldi yang penuh baldi itu diikat dengan tali dan mesti cukup untuk 10 orang pegang. Kemudian, bawa baldi yg penuh dengan air itu ke baldi besar di hadapan dengan menggunakan tali tu sahaja. Tangan tidak dibenarkan untuk memegang baldi tu semasa proses memindahkan air. Masa nak isi air dalam baldi tu kan, kumpulan kami guna mulut dan kasut. Hehehe. Itu dikira tipu lah tu.

Tapi apa-apa pon, memang terbaik lah semalam. Kumpulan Pengawas Sekolah dapat anugerah kumpulan paling kreatif. Wooo! Melalui kursus ini, kami dpt belajar bahawa seorang pemimpin perlu ada sikap sabar, bertanggungjawab, bekerjasama dengan ahli-ahli yang lain, dengar pendapat orang, berani berbicara, sanggup berkorban dan yang paling penting saling bergantung sesama ahli-ahli sesebuah organisasi. Hasil daripada kursus semalam, Action Bridget pon terbentuk. :D

Sehari je lagi Fazzreen nak balik. Btw, dia dapat Matriks Kulim jugak. Tahniah lah ye..




No comments :

Post a Comment